Wawasan Pertumbuhan Johor dan 5 Teras Strategik

Wawasan Pertumbuhan Johor (Johor Growth Vision) merupakan satu visi strategik yang komprehensif bagi pembangunan negeri Johor, dibentuk secara bersama melalui penyertaan masyarakat sektor awam dan pihak swasta. Wawasan Pertumbuhan ini merupakan satu naratif beraspirasi ke arah sebuah negeri yang boleh membangun dan di mana semua pemegang taruh dilibatkan. Pernyataan, Wawasan Pertumbuhan Johor adalah seperti berikut:

Johor sebagai negeri berpendapatan tinggi serta destinasi pilihan untuk pelaburan dan keh1dupan yang berkualiti dimana kemajuan dan tradisi bergerak seiring: Ia merupakan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan didorong oleh teknologi baru; Infrastruktur yang moden; Tenaga kerja yang berkemahiran tinggi; sebuah persekitaran perniagaan serta ekosistem yang berdaya maju dan berdaya saing; serta perkhidmatan awam yang cekap dan responsif.

Wawasan Pertumbuhan Johor ini disokong oleh Teras Strategik (Strategic Thrust) yang menyelaras pergerakan ke arah kejayaan. Teras Strategik ini merangkumi:

  • Mengwujudkan sebuah ekos1stem yang berdaya saing dan berdaya maju
  • Pembangunan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi
  • Penyediaan infrastruktur dan teknologi canggih
  • Kemajuan pertumbuhan yang saksama dan mampan
  • Pengwujudan perkhidmatan awam yang cekap dan responsif.

Setiap Teras Strategik ini disokong oleh inisiatif strategik yang dikumpulkan dari pengalaman kejayaan dan amalan terbaik bandar, negeri dan negara dari seluruh dunia, disesuaikan dengan keperluan dan konteks tempatan di negeri Johor.