Inisiatif Yang Dilaksanakan

PROGRAM KEUSAHAWAN-NET WANITA JOHOR (KEUSAHAWANAN)
  • Membantu usahawan-usahawan IKS wanita di Johor untuk memasarkan produk di atas talian.
  • Menghasilkan usahawan wanita Johor yang mahir dalam urusan bersifat e-commerce
  • Menaiktaraf strategi pemasaran usahawan wanita menerusi media social dan laman web
  • Membantu usahawan wanita memperbesarkan jaringan perniagaan mereka

Melibatkan 220 usahawan-usahawan wanita dari seluruh negeri Johor.

  • Dilaksanakan di Univesiti Teknologi Malaysia Skudai pada bulan Oktober dan Disember 2016.
  • Dialksanakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Batu Pahat pada bulan November 2016.

Program ini telah berjaya dilaksanakan.

PROGRAM KEM EKSPLORASI BITARA STEM JOHOR (PENDIDIKAN)
  • Meningkatkan jumlah pelajar yang menceburi pendidikan berasaskan STEM di peringkat tertier.
  • Meningkatkan jumlah pendaftaran pelajar STEM di peringkat pendidikan sekunder
  • Meningkatkan kadar celik STEM di kalangan pelajar peringkat Sekunder menerusi penilaian antarabangsa
  • Melibatkan 44 orang guru dari seluruh negeri Johor dan 176 Murid sekolah menengah Tingkatan 1-3 dari seluruh negeri Johor.
  • Program ini sedang dirangka untuk diperluaskan pelaksanaannya di negeri Johor.
  • Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
  • Fasa 1: Training of Trainer di Hotel Katerina, Batu Pahat pada bulan Disember 2016.
  • Fasa 2: Kem Eksplorasi STEM Johor di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram pada bulan Mac 2017.

Program telah berjaya dilaksanakan dan sedang dirangka untuk diperluaskan pelaksanaannya di negeri Johor.

PROGRAM JAGUH USAHAWAN DESA JOHOR (KEUSAHAWANAN)
  • Meningkat kepakaran dan pengetahuan usahawan makanan & minuman (F&B) mengenai cara pengurusan makan yang bersifat ‘Amalan Terbaik’
  • Meningkat kadar efisiensi pengeluar produk menerusi program bersama pakar
  • Menaiktaraf kaedah persembahan produk
  • Memberi khidmat nasihat terhadap pengurusan kewangan dan pentadbiran periagaan

100 usahawan F&B sekitar Johor Darul Ta’zim menerusi kerjasama bersama Bank SME, Jabatan Pertanian Johor. EDC, MARA dan beberapa jabatan kerajaan

  • Fasa 1: Dilaksanakan di daerah Kluang pada bulan Disember 2016.
  • Fasa 2 : Dilaksanakan di daerah Kluang pada bulan Mac 2017.
  • Fasa 3 :Akan dilasanakan pada bulan Mei 2017.
  • (Permohonan boleh dikemukakan bagi yang berminat kepada Perbdanan Usahawan Johor –EDC of Johor)

Program masih berjalan di mana di lakukan secara berfasa.

Fasa 1 (Kluang) dan Fasa 2 (Johor Bahru).

Fasa 3 yang akan di adakan di Muar Traders Hotel pada bulan Mei 2017.

Permohonan boleh dikemukakan kepada Perbadanan Usahawan Johor-EDC of Johor.

PELAKSANAAN INISIATIF TAHUN 2018
 
DAERAH
 
INISIATIF
 
JOHOR BAHRU
 
MENAIKTARAF JETI KAMPUNG SUNGAI MELAYU
 
KULAI
 
MENAIKTARAF PUSAT PERNIAGAAN DI KAMPUNG MURNI JAYA, MUKIM SEDENAK DAERAH KULAI
 
MUAR
 
PROJEK PEMBANGUNAN PEMBIAKAN DAN PEMILIHARAAN TIRAM DI SUNGAI MUAR
 
BATU PAHAT
 
MENAIKTARAF PUSAT INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA,  PARIT RAJA
 
KLUANG
 
MENAIKTARAF PRASARANA UTILITI DAN KEMUDAHAN
PUSAT REKREASI GUNUNG BELUMUT
 
SEGAMAT
 
 
PROJEK MEMBINA PUSAT KRAF DAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA DI DAERAH KECIL LABIS
 
 
KOTA TINGGI
 
 
PEMBINAAN RESTORAN ATAS AIR TELUK SENGAT
 
PONTIAN
 
MENAIKTARAF DEWAN HOMESTAY PUTERI MENANGIS
 
MERSING
 
KERJA-KERJA MENAIKTARAF CHALET PPRT PEJABAT DAERAH MERSING DI PENYABONG
 
TANGKAK
 
KERJA-KERJA NAIKTARAF INFRASTRUKTUR RUMAH  DAN AKTIVITI PROMOSI BAGI 17 PENGUSAHA HOMESTAY SAGIL, TANGKAK