LATARBELAKANG PELAN PERTUMBUHAN STRATEGIK JOHOR

Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (2016-2020) merupakan satu bentuk visi yang bersifat komprehensif bagi pembangunan negeri Johor. Pelan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada 6 Mac 2016.

Pelan ini akan membawa negeri Johor sebagai negeri berpendapatan tinggi serta destinasi pelaburan dan kehidupan yang berkualiti yang seterusnya akan menjadikan negeri Johor selaku Kuasa Ekonomi Selatan atau “Southern Economic Powerhouse”.

Pelan ini dibentuk menerusi penyertaan peringkat lapisan masyarakat secara keseluruhannya menerusi semangat “Team Johor” bagi memastikan ianya bersifat inklusif.

Pelan ini menggariskan kerangka pengoperasian yang unik iaitu Cara Johor (Johor Way) dengan mengambil kira struktur, kekuatan, potensi dan keunikan negeri Johor.