LATARBELAKANG

Terletak di penghujung Benua Asia, Johor telah lama memainkan peranan strategik dan penting dalam sejarah pembangunan ekonomi Malaysia. Memiliki dua koridor ekonomi iaitu Iskandar Malaysia dan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur, Johor telah membangun menjadi di antara konurbasi terpenting di Malaysia.

Ekonomi Johor mencatatkan KDNK sebanyak RM 103.8 bilion dan mempunyai populasi seramai 3.6 juta penduduk pada 2016. Semenjak tahun 2013, negeri Johor telah mencatatkan penerimaan pelaburan tertinggi di Malaysia pada setiap tahun dengan nilai pelaburan diluluskan sehingga tahun 2016 dalam sektor pembuatan bernilai RM 93 bilion yang telah dipacu oleh pelaburan subsektor minyak dan gas.

Jumlah Penduduk Negeri Johor 2016

Lokasi strategik Johor berdekatan laluan perdagangan utama, hab perdagangan antarabangsa serta dibantu dengan jaringan logistik yang sistematik telah menjadi asas kepada pertumbuhan Johor yang lepas dan potensi pertumbuhan di masa akan datang. Mengambilkira kelebihan-kelebihan yang ada, tiga pelabuhan utama di Johor telah menjadi hab kepada rangkaian industri yang komprehensif yang memfokuskan kepada petrokimia, kejuruteraan, telekomunikasi, barangan elektrik dan pemprosesan makanan.

Pelabuhan-pelabuhan ini mempunyai jalinan yang baik kepada pusat komersial dan industri yang penting di seluruh Malaysia serta pelabuhan di negara-negara jiran. Tambahan pula, jalinan ini disokong padu dengan infrastruktur jalan raya dan rangkaian rel kereta api.
Melalui jaringan udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menawarkan infrastruktur bertaraf dunia yang menampilkan pakej komprehensif meliputi perkhidmatan penerbangan, kargo, logistik dan fasiliti penumpang.

Kesemua faktor penting ini, memastikan Johor sebagai destinasi pilihan pelaburan domestik dan antarabangsa, memangkin Johor untuk mencapai potensi maksimum dalam pertumbuhan terutama aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan memacu Johor menjadi Kuasa Ekonomi Selatan.

DATA ASAS NEGERI JOHOR

LUAS

  19,000KM PER SEGI

JUMLAH DAERAH

10 DAERAH

JUMLAH DAERAH KECIL

2 DAERAH

JUMLAH MUKIM

96 MUKIM

JUMLAH PBT

16

JUMLAH PENDUDUK (WARGANEGARA 2015)

3.6 JUTA

PERATUSAN TENAGA BURUH